Thursday, December 30, 2010

Takut Nak Present Dalam BI ?? Well Check It Out ...

kali ni sy nak bagi tips tentang bagaimana untuk dapatkan markah yg baik untuk presentation dan cara untuk jadi confident ketika presentation. nak2 nye dalam presentation bahasa inggeris. huhu tapi sy akan focus more on english presentation. xjauh beza pon tips nye. sume tips ni sy share ngan korang berdasarkan experience sy k...ok, ready? kita mula skang." (kena skema dah ni) ehem...

sebelum kita pergi lebih jauh lagi, ingin sekali saya menegaskan disini bahawa salam setiap presentation, tidak kira presentation bahasa melayu atau inggeris, ia terbahagi kepada 3 bahagian:

1. pembukaan
2. pertengahan
3. penutup


PEMBUKAAN

sebelum kita memulakan presentation, ada tata tertib yang tersendiri. dari segi fizikal, mental, dan teknikal.

1.fizikal dan mental
dari segi fizikal, anda perlu bersedia. JANGAN PANIK atau menggelabah. tidak salah kalau anda rasa berdebar kerana itu menunjukkan bahawa anda adalah seorang manusia yang normal. hehe tetapi, kepada sesiapa yang tidak pandai mengawal rasa cemas dan debaran tersebut, anda juga yang akan binasa. huhu mengapa? kerana anda akan jadi kelu, dan susah untuk mengatur langkah dan juga percakapan. jadi, dari mula hingga akhir presentation anda akan ke laut!!! bahaya. 

apa yang anda perlu lakukan adalah TENANG, tarik nafas dalam2 dan think positive! anda fikirkan yang anda boleh lakukannya. disamping itu juga, anda hendaklah lakukan latihan demi latihan at least sehari sebelum presentation tersebut. paling baik seminggu sebelum hari presentation tersebut kerana anda boleh memperbetulkan kesalahan dan menghafal skrip (kalau anda seorang yang x berapa fasih BI). 

seterusnya, anda haruslah YAKIN/CONFIDENT. bagaimana untuk melahirkan rasa keyakinan dalam diri anda? hehe (macam pakar motivasi lak) ok. apa yang saya lakukan ialah, saya menjalankan latihan 2 hari atau kalau terlampau banyak kerja, saya akan tetap lakukan latihan sehari sebelum hari presentation. p/s: latihan english presentation. saya akan lakukan latihan dengan berdiri ditepi macbook/laptop dan bayangkan audience ada didepan biji mata. from beginning till the end. 
IMPORTANT NOTICE: jangan buat preparation last minit. bahaya! macam2 boleh terjadi. contoh: kertas skrip hilang. dan soft copy kena virus. huhu lagi satu, kepada sesiapa yang lemah bertutur dalam bahasa inggeris, adalah diingatkan jangan rendah diri kerana itu akan membuatkan anda down/ tiada confident atau keyakinan. apa yang anda perlu lakukan ialah teruskan bertutur ketika presentation. jangan berhenti. jangan risau dengan BROKEN ENGLISH asalkan orang semua FAHAM dengan apa yang kita perkatakan. kalau english tinggi dan power sangat takut x semua orang akan faham pula. hehe kalau anda nak tahu, contohi pelajar cina dan india, mereka akan bertutur english laju dan fasih walaupun mereka ada melakukan kesalahan grammar yang banyak. tapi mereka sangat yakin apabila bertutur dalam bahasa inggeris (bukan semua yg salah grammar. just segelintir). ini adalah peranan minda dan psychology. kita akan fikir yang mereka bercakap english bagus dan betul. padahal ada grammatical errors. so as a conclusion, bila anda yakin bila bertutur bahasa inggeris, orang akan fikir anda bertutur fluently dan hebat english. walaupun ada grammatical errors! percayalah. 

PAKAI pakaian yang sesuai dan cantik. ini akan membuatkan orang senang dengan kita. first impression is always important! kalau anda pakai pakaian yang tidak sesuai dan buruk, anda akan merosakkan mood audiences. jadikan presentation anda sesuatu yang memorable. dengan pakaian yang cantik dan eksotik akan sentiasa diingati. secara tidak langsung, pakaian yang cantik akan meningkatkan keyakinan anda semasa presentation. 

POSISI BADAN DAN ADAB sebelum memulakan presentation juga penting. berdiri tegak, senyum, tangan dibelakang atau dihadapan (bukan didalam poket), pandang kearah audience (bukan lantai atau slide), lapang kan dada dan mulakan dengan bismillah dan ucapan assamualaikum and greetings such as good morning. greet pensyarah/panels. kalau boleh mention sekali nama pensyarah dan panels. berikan penghormatan kepada mereka. mereka akan rasa dihargai dan dihormati. pandang pada mereka ketika anda mention their names (bukan pandang kat slides)! tundukkan sikit kepala juga dibenarkan dan digalakkan. 

JANGAN BENARKAN PENONTON MEMPENGARUHI anda. anda segelintir manusia yang suka untuk menggangu konsentrasi anda ketika presentation. cuba elakkan dari dipengaruhi oleh pengganggu tersebut dengan mengalihkan perhatian pada orang lain. think positive! jangan terus down atau terasa dengan tindakan audience. apa yang penting, yakin and keep going. dan JANGAN sesekali melayan kerenah mereka dengan berkomunikasi atau memberi respon kerana ia akan mencacatkan flow of your presentation dan akan mengganggu konsentrasi audience juga. 

anda juga disarankan untuk MENYEDIAKAN HANDS-OUT kepada penonton. supaya penonton boleh menyemak kembali points yang mereka terlepas dalam presentation anda. dan ini membuatkan mereka faham dan tidak rasa bosan mendengar presentation anda. 

dan sekarang, saya ingin berkongsi ayat2 permulaan yang sesuai tatkala anda ingin mulakan presentation. antaranya ialah:

1. hello and a very good morning to...... and the members of the floor. today i want to talk about.....
2. hello and a very good morning to......and my fellow friends. i am standing here today is to present to all of you about.....
3. hello and a very good morning to all of you. now it is my turn to stand in front, to present my speech which is entitled......../presentation about.......

2.teknikal
pada permulaan presentation, BIARKAN SLIDE presentation anda BLANK. jangan show apa2. ini adalah untuk memastikan audience memberikan tumpuan 100% kepada anda ketika ingin memulakan bicara ketika presentation/semasa greetings moment. bila anda mula mention tajuk presentation barulah persembahkan pada presentation slide. 

pastikan TULISAN pada slides dapat dibaca oleh penonton. elakkan dari meletakkan too many sentences in a slide. it would be too packed and difficult to be read. saiz dan jenis tulisan haruslah sesuai dan senang untuk dilihat dan dibaca oleh anda dan juga penonton.

BE PROFESSIONAL. jangan persembahkan slides yang kebudak-budakkan atau ala kadar. tidak salah untuk menonjolkan teenager-approached concepts. but it should be in a right situation. be professional here means, elakkan dari menggunakan tulisan yang berwarna-warni terlalu banyak, fancy fonts, background image yang catchy/kebudak-budakkan/colourful. tidak salah, tapi as i mentioned before, it should be in a right situation. the best, gunakan plain background image and standard fonts such as calibri, times, arial, lucida grande and etc.

additional info: apple macbook is nice. u can control your presentation by using a remote. dan grafik presentation and animation juga sangat menarik dengan menggunakan application 'notes'! sangat different! give a try!




PERTENGAHAN

semasa anda mempersembahkan english presentation, anda perlu memiliki tatatertib yang baik dari segi fizikal, mental, dan teknikal. (as same as in PERMULAAN)

1. fizikal
semasa presentation, anda haruslah meneruskan keyakinan dan keep your pace. ketika ini, anda perlu lebih FOKUS kepada isi presentation anda. 

ELAKKAN DARI SENTIASA MEMBACA SLIDES . tetapi cukup untuk anda baca isi penting (di slides) dan elaborate your points pada audiences. huraikan isi penting on your own. ia menunjukkan anda ada percubaan untuk tampil professional! tidak seperti presentation kanak2 sekolah rendah. tidak salah jika anda melihat pada kertas nota di tangan anda. tetapi elakkan dari melihatnya dengan kerap. ini akan menjejaskan tumpuan audiences dan juga panels! 

JANGAN BERDIRI kaku. body language sangat penting semasa presentation. ia dapat menambahkan tahap keyakinan anda. anda juga boleh bergerak semasa mempersembahkan presentation. ia akan menampakkan anda seperti seorang yang professional!!!! cubalah. dan ingat, no aaaaaa...aaaaa....hurrmmmmm....aaaaa terlalu banyak dan lama. panels dan audience akan bosan. lebih baik anda senyap seketika dan continue speaking selepas bersedia.

FACE EXPRESSIONS, VOICE PROJECTION DAN ANTONASI SUARA adalah sangat penting dalam penyampaian presentation anda. sekiranya anda menyatakan sesuatu yang serius, face expression anda seharusnya serius. project your voice, so that people can hear your voice and the most important matter of all is your points. kalau suara anda perlahan, masakan mereka memahami isi presentation anda. antonasi suara pula memainkan peranan yang penting dalam presentation anda. stress on words yang penting. for example, "we should perform these steps to ensure...." anda harus menekankan pada perkataan SHOULD dan ENSURE. 

dan sekarang saya ingin berkongsi dengan anda semua antara ayat yang boleh digunakan ketika mempersembahkan presentation. antaranya ialah:

1. now, let's move on to....... (apabila anda ingin menukar slides of different topics)
2. just now I explained to you about......and now it's time to talk about something else which is.........
3. i just want to clarify on this topic by providing all of you with these examples.....
4. you can refer to your hands-out. it is stated there that.........

2. teknikal
cantikkan presentation anda dengan GAMBAR yang dapat membantu flow of your presentation. jadi, audiences akan dapat memahami presentation anda dengan mudah kerana anda memberikan contoh2 dalam bentuk gambar. anda juga dibenarkan untuk menggunakan contoh2 dalam bentuk audio dan video. 

PENUTUP

semasa penutup presentation anda, anda haruslah SUMMARISE all of your points. 

anda juga disarankan untuk membuka sesi Q&A (questions and answers) kepada penonton SEBELUM anda menghabiskan presentation anda. bukan selepas anda menutup presentation anda! sekiranya tiada penonton yang bertanyakan soalan, jadi anda barulah boleh menghabiskan presentation anda. sekiranya terdapat penonton yang bertanyakan soalan, maka anda hendaklah menjawabnya dan adalah lebih bagus sekiranya anda pergi kembali pada slides yang terdapat jawapan untuk soalan penonton tersebut. ini sebenarnya memudahkan anda dan juga penonton tersebut. anda disarankan untuk menunjukkan contoh2 sekali ketika menjawab soalan penonton tersebut.

antara ayat yang anda boleh gunakan ketika penutup presentation anda ialah:

1. so, is there any question from the members of the floor? please raise up your hand if you have any.
2. so, any questions regarding to my presentation?
3. so, if we you don't have any questions, i think it's time for me to end my presentation.
4. i think there is no question from the members of the floor. so i guess, it's time for me to end the presentation.

jadi, saya harap anda dapat melakukan yang terbaik dalam setiap presentation anda samada dalam english atau bahasa malaysia. selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment